14/09/2010 21:44

teknik Bercerita

Teknik-teknik Bercerita

Terdapat berbagai-bagai teknik bercerita yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antara teknik yang boleh dijalankan termasuklah:

(a)  Guru menceritakan keseluruhan cerita dan murid mencatat urutan-urutan peristiwa.

(b)  Guru bercerita keseluruhan cerita dan murid menceritakan semula.

(c)  Murid mendengar rakaman sebuah cerita (audio) dan murid menceritakan semula.

(d)  Guru menceritakan bahagian awal cerita dan murid meramalkan penyelesaiannya dan menceritakannya semula.

(e)  Guru menceritakan bahagian akhir atau penyelesaian cerita dan murid membina permulaan cerita, yang bersesuaian dengan urutan peristiwa akhir yang diberikan oleh guru.

(f)   Murid dibimbing membina cerita sendiri berdasarkan bahan ransangan dan menceritakan kepada guru dan kawan-kawan di bilik darjah. Antara bahan ransangan yang sesuai ialah kata kunci, frasa atau klausa, gambar bersiri atau gambar tunggal, figurin (gambaran watak utama atau beberapa watak), boneka, bahan maujud atau objek, rajah, peta, grafik, karangan berantai (menyambung ayat), “jigsaw” atau cantuman ayat-ayat, muzik atau seni kata lagu, simbol dan bunyi atau kesan bunyi.

(g)  Murid-murid bebas memilih cerita dan menceritakan secara lisan.

(h)  Guru mengadakan teater pembaca.

(i)    Guru mengadakan teater bercerita.

 

6.4 Kemahiran Bercerita

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kemahiran bercerita dapat di kategorikan kepada tiga  iaitu kemahiran dalam persediaan awal, kemahiran mempersembahkan dan kemahiran menjalankan aktiviti susulan. Oleh itu, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan berikut:-

 

6.4.1     Kemahiran  persediaan awal

i.      Pilih cerita yang menarik dan sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

ii.    Tidak panjang, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

iii.   Ada unsur kecindan (homour)

iv.   Ada unsure suspen

v.    Menimbulkan daya imaginasi dan rasa ingin tahu

vi.   Menggunakan kepelbagaian bahasa yang indah dan menyentuh rasa

vii.  Sesuai dengan objektif dan dengan diri pencerita itu dendiri.

viii.Alat bantu yang perlu

ix.   Susunan kerusi meja / ruang

x.    Latihan bercerita

 

6.4.2     Kemahiran Penyampaian

i. Kemahiran Verbal

Bermaksud  dari segi lontaran suara, tinggi rendah, dialog, penekanan sesuatu perkataan atau frasa. Ia hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Suara perlulah jelas dan lantang. Nada suara tidak boleh mendatar untuk mengelakkan  rasa bosan.

            Guru  perlu suara yang sesuai untuk menunjukkan situasi sedih, cemas, marah dan sebagainya.Jika terdapat dialog, guru boleh menggunakan dialek tetapi janganlah terlalu kerap.

 

ii. Kemahiran bukan verbal

Ini termasuklah gerak mata, jeda, mimik muka, dan gerak badan. Gerak mata adalah penting untuk menggambarkan seperti situasi cerita, hubungan dengan pendengar dan menarik perhatian.

Gerak badan pula perlu untuk menghidupkan sesuatu watak atau menggambarkan sesuatu situasi cerita dan menggayakan watak. Pergerakkan yang berlebihan akan mengganggu perjalanan cerita.

6.4.3     Kemahiran aktiviti susulan

                              i.  Merancang aktiviti susulan adalah perlu selepas aktiviti bercerita supaya mendapatkan kesan yang maksimum.

                          ii.    Menjawab soalan kefahaman atau membina soalan tentang cerita yang didengar.

                         iii.    Menulis urutan kronologi peristiwa

                         iv.    Membuat ringkasan cerita

                          v.    Membuat latihan memadankan bentuk dengan watak

                         vi.    Menulis semula cerita dalam bentuk lain seperti syair

                        vii.    Menyenarai peribahasa yang sesuai dengan cerita

—————

Back


Contact

Mansormd