14/09/2010 21:36

Teknik Main Peranan

Teknik Main Peranan

Main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya, atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Selepas mereka diminta melakonkannya. Melalui aktiviti main peranan ini, murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Ia juga membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkahlaku orang lain dalam situasi yang sebenar.

  Kaedah teknik main peranan

Teknik main peranan menekankan perkara-perkara berikut:

i)             Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai, alat kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya.

ii)            Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya.

iii)           Sewaktu main peranan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila sampai pada penghujung masa yang sesuai, guru harus menamatkannya.

iv)           Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. Perbincangan harus menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan utama dari segi perkara-perkara yang dituturkannya dan menilai sama ada main peranan itu telah dapat menyelesaikan masalah asal.

—————

Back


Contact

Mansormd