25/07/2010 18:41

Teknik Improvisasi

Teknik Improvisasi

Improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu rangsangan yang disediakan oleh pembimbing.

 “In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.”

.                                                                                               Brain Way ( 1967: 183 )

Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi , iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap yang ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh pengarahnya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui teknik improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Menurut Som Hj. Nor (1994) improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, benda/alat, watak, petunjuk dan, biografi

Improvisasi berdasarkan petunjuk lebih sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Daripada petunjuk-petunjuk yang diberikan, pelajar dikehendaki mengimprovisasikan watak yang diwujudkan daripada topi, rotan, televisyen, beg, buku dan lain-lain.

            Improvisasi berdasarkan biografi ini juga sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Biografi seorang watak terkenal seperti Mahatma Gandhi mungkin dipilih. Setelah berbincang satu babak dalam kehidupan watak itu mungkin diimprovisasikan. Improvisasi boleh dijalankan secara berpasangan, tiga orang atau lebih.

Improvasi berdasarkan situasi bermaksud satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan. Pelajar-pelajar ini diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.

Improvisasi berdasarkan benda/alat pula bermakna dengan menggunakan benda atau alat-alat yang ada, pelajar diminta mengimprovisasikan satu misteri dengan alat tersebut atau sekiranya pakaian digunakan pelajar dikehendaki mereka lakonkan watak yang sesuai. Pakaian yang digunakan di sini bukan untuk dipakai tetapi adalah untuk merangsang pelajar menjadi lebih imaginatif.

Improvisasi berdasarkan watak memerlukan pelajar mengingati satu watak yang menarik yang mereka lihat tiap-tiap hari. Aktiviti ini boleh dibuat dalam satu kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang. Beberapa soalan boleh dikemukakan:

- Siapakah orang itu?

- Apakah yang dibuatnya?

- Bagaimanakah pakaiannya?

 

Jenis-jenis improvisasi

Peter Moore (1998) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

i)             Permainan bebas

ii)            Improvisasi spontan

iii)           Improvisasi verbal

iv)           Main Peranan

v)            Improvisasi terlatih

vi)           Improvisasi selari

 

—————

Back


Contact

Mansormd